Bantu Elio untuk mendapatkan laptop baharu!

Fundraising campaign by Elio Abdullah
  • US$525.00
    raised of $1,250.00 goal goal
42% Funded
19 Donors
Raised offline: $95.98
Total: $620.98
Help this ongoing fundraising campaign by making a donation and spreading the word.
Show more
Show less

Salam sejahtera! Terima kasih kerana mengambil masa untuk melihat kempen ini!

Nama saya Elio Abdullah, dan saya adalah seorang pelukis transgender berumur 27 tahun yang bermastautin di Sarawak. Selama tiga tahun, saya telah menceburi bidang "freelancing" bagi menampung kos sara hidup diri dan membantu menampung perbelanjaan keluarga.

Disebabkan ini, komputer riba saya merupakan nadi hidup saya. Saya sudah menggunakan komputer ini selama beberapa tahun selaras dengan tempoh kerja saya. Akan tetapi, komputer ini sudah menunjukkan tanda-tanda kemerosotan dan ini membuat saya sangat risau; jika ia tidak dibaiki atau diganti, saya akan kehilangan kerja saya yang saya sudah simpan selama sekurang-kurangnya 3 tahun, sama ada kerja peribadi atau kerja untuk orang lain.

Berikut merupakan sebab-sebab mengapa saya memerlukan komputer riba yang baru:

1. Sambungan saya ke dunia luar

Saya merupakan transgender yang masih merahsiakan identiti saya. Buat masa ini saya belum mampu lagi untuk berpindah atas sebab saya masih bergantung dengan keluarga. Namun begitu, dengan komputer ini saya boleh berkomunikasi dengan golongan transgender yang lain dan mendapat sokongan positif dari mereka yang saya tidak akan dapat dari persekitaran saya sekarang. Saya berniat untuk berpindah pada suatu masa nanti, tapi buat masa sekarang saya akan bekerja untuk rancangan itu.

Selain itu saya juga boleh berkomunikasi dengan orang yang berpotensi menjadi klien baru bagi saya, dan memberi saya peluang pekerjaan yang baru. Jadi komputer ini sangat berguna untuk kerja saya.

2. Menguatkuasakan portfolio dan menaiktaraf kerja saya

Komputer ini sudah berkhidmat baik untuk saya sepanjang tiga tahun ini. Akan tetapi, saya teringin membuat lebih lagi. Saya ingin membuat penyuntingan video dan grafik gerakan (motion graphics) bagi memperkasakan lagi portfolio saya di masa akan datang, dan komputer ini tidak cukup kuat untuk melakukan kerja-kerja tersebut. Jika komputer baru saya mempunyai spesifikasi yang lebih baik, saya akan dapat melakukan kerja-kerja ini tanpa menjejaskan prestasi komputer.

3. Mudah alih

Saya sering bergerak, sama ada dari rumah ke tempat kerja atau dari Miri ke Kuala Lumpur atas urusan kerja seperti mengambil bahagian dalam acara-acara melibatkan vendor untuk artis. Walaupun saya mempunyai desktop yang kuat, ia tidak mudah untuk dibawa ke mana sahaja.

Mengapa tidak membeli iPad sahaja?

iPad memang boleh sahaja boleh berfungsi sebagai pengganti komputer, tetapi bagi saya, iPad itu terlalu mewah bagi saya, dan saya sangat memerlukan fungsi PC penuh serta storan yang iPad tidak mampu untuk sediakan.

Apakah yang akan terjadi kepada komputer ini?

Sebahagian daripada dana dari kempen ini akan digunakan untuk membaiki komputer ini, and seterusnya diberikan kepada adik saya yang sudah menyuarakan keinginannya untuk menggunakan komputer ini jika saya mendapatkan komputer baru.

Pembahagian dana

Berikut merupakan pecahan pembahagian dana:

$60 - Membeli pemacu cakera keras (hard disk drive) baru untuk komputer lama

$1190 - pembelian komputer riba baru. Jika ada baki, saya akan membeli kamera yang murah serta tripod. Jika masih ada baki lagi dari itu, saya akan mendermakannya ke pihak yang lebih memerlukan.

Adakah saya akan mendapat apa-apa sebagai ganjaran?

Sudah tentu! Ganjaran bergantung pada jumlah yang anda dermakan. Dermaan $50 ke atas akan menerima pelekat dan kad ucapan terima kasih sebagai tanda terima kasih - untuk tujuan ini sila pastikan anda memberi alamat yang terkini untuk tujuan pengiriman!

Rewards

Lakaran mengikut suka anda!

1 Backers
reward_image
1 Backers

Lakaran berwarna mengikut suka anda!

0 Backers
reward_image
0 Backers

Kad terima kasih dan pelekat dihantar kepada anda!

0 Backers

Organizer

  • Elio Abdullah
  •  
  • Campaign Owner
  •  
  • Miri, MY

Donors

  • Anonymous
  • Donated on Dec 01, 2019
$10.00
  • Anonymous
  • Donated on Nov 04, 2019
  • <3

Amount Hidden
  • Anonymous
  • Donated on Oct 31, 2019
  • good luck!

Amount Hidden

Donors & Comments

19 donors
  • Anonymous
  • Donated on Dec 01, 2019
$10.00
  • Anonymous
  • Donated on Nov 04, 2019
  • <3

Amount Hidden
  • Anonymous
  • Donated on Oct 31, 2019
  • good luck!

Amount Hidden
  • Anonymous
  • Donated on Oct 09, 2019
Amount Hidden
  • Anonymous
  • Donated on Oct 03, 2019
Amount Hidden
  • Anonymous
  • Donated on Oct 01, 2019
$15.00
  • Acha Jolta
  • Donated on Oct 01, 2019
  • This is all I can afford bcus Im kinda broke but I really want to help you that you can get a new laptop! Hope you reach your goal by the end of it!!^^)/

$10.00
  • Anonymous
  • Donated on Oct 01, 2019
  • Fingers crossed that you'll get your laptop funded! <3

Amount Hidden
  • Anonymous
  • Donated on Sep 19, 2019
$25.00
  • Anonymous
  • Donated on Sep 04, 2019
Amount Hidden
Show more donors

Followers

4 followers
Asaiyyah Hassan
melani salvatierra
wasantha samarakoon
nesh mohenes
US$525.00
raised of $1,250.00 goal
42% Funded
19 Donors
Raised offline: $95.98
Total: $620.98

Help this ongoing fundraising campaign by making a donation and spreading the word.

Not Ready to Donate?

Did you know a 10 second Facebook share raises an average of $25?

Share on Facebook