KAFE UNTUK PERSEKITARAN YANG LEBIH SELESA

  • RM1,000.00
    raised of RM25,000.00 goal goal
4% Funded
2 Donors

No more donations are being accepted at this time. Please contact the campaign owner if you would like to discuss further funding opportunities

Show more
Show less

Berniaga kopi, kedai yang lebih selesa.

Hai ,Saya Rohaya. Saya sekarang tinggal di Taman Mewah Kamunting,Malaysia dan juga berniaga di sebuah warong di dalam kawasan taman . Saya juga menjaga mak saya seorang pesakit dementia serta terlantar.

Saya ingin mengumpul dana tambahan untuk membuka sebuah kafe kopi di kawasan taman,untuk penambahbaikan kepada perniagaan saya sekarang.

Rasanya lah semenjak dari berhenti kerja ,dah bermacam kerja sampingan saya buat. Oh saya berhenti kerana perlu menjaga mak yang sakit. Dementia dan bedridden. Setiap hari semua perlu diuruskan, salin pampers, lap bersihkan badan, suap makan dan minum. Dari 2016 sehingga kini saya uruskan mak saya.

Kerja di kedai jual kristal dan urutan di bukit merah. Bos baik tak lokek tapi saya kena berhenti sebab terpaksa berpindah atas sebab-sebab peribadi yang sangat menyedihkan (YTJT).

Saya dan mak pindah duduk kamunting ke rumah kak nor ,lama lepas tu Kerja sebagai maxis installer atau maxis technician. Tapi saya berhenti kerana ketika itu bayaran kereta tertunggak 3 bulan ,roadtax insuran juga tidak mampu dihidupkan. Kerja saya ketika itu pula memerlukan saya bergerak satu taiping kamunting . Gaji yang dapat pusing-pusing untuk bayar minyak,kereta, beli barang keperluan mak dan perbelanjaan harian.

Dah pernah buat fundraising sebelum ni, nak cuba buat business cuci kusyen kereta. Dapat kumpul sedikit fund dan kawan tolong bantu dapatkn mesin cuci peralatan semua. Tapi gagal juga tambahan lagi duit kereta makin tertunggak .

Walaupun sayang kereta itu lagi 2 tahun akan habis dibayar, saya buat keputusan jual je. Pergi ke bank Taiping,pegawai beri number pegawai bank Ipoh. Berbincang di dalam telifon diberi masa sebulan. Jika tidak boleh bayar juga dan nak jual kereta dia boleh tolong.

Akhirnya saya membuat keputusan untuk jual. Siapa tak sayang ,kereta beli hasil ketika bekerja . Waktu masih bekerja masih mampu bayar. 2 tahun lebih saya bertahan bayar dari selepas berhenti kerja dan akhirnya kecundang. Reda jerla . Bawa kereta pergi ipoh ,kak nor n makcik follow naik kereta lain. Dah jual Alza tu balik Kamunting semula dengan depa.

Tidak lama selepas menjual kereta, Malaysia dilanda PKP tahun 2020 , bersyukur la juga masa ni sebab dah jual kereta , tak pening kepala fikir bagaimana nak bayar dan sehingga sekarang saya masih tiada kenderaan.

Selepas habis PKP mula berniaga kopi secara manual di warong. Lepastu pkp lagi pkpd pulak yang mana kedai makan semua tak boleh beroperasi. Menambah ilmu kopi melalui pembacaan dan dibuat di rumah. Bahan ujikaji semestinya ahli isi rumah dan kawan-kawan yang minum kopi

Alhamdulillah,rasanya berniaga kopi ini paling lama saya bertahan dan boleh bernafas sedikit. Duit tambahan selain kakak abang bagi untuk beli makan untuk sendiri dan mak lagi2 dah 6 bulan juga baitulmal mak ditamatkan . Dah lebih setahun saya berniaga kopi dan lebih kurang 8 bulan berjualan kopi mesin. KWSP antara yang membantu untuk permulaan.

Panjang saya taip kan. Kalau ada yang membaca Alhamdulillah.

Sebenarnya, Saya nak minta tolong kalau boleh tolong share pun takpe dah :) .

Saya nak kumpul dana tambahan untuk masuk kedai,sebab kebetulan ada satu lot kedai kosong dalam kawasan taman ni. Taman ni susah nak dapat kedai kosong . Lagi pula bila dalam taman sahaja senang saya berulang balik rumah tengok mak.

Sekarang saya berniaga di warong, masalah warong ni tiada bekalan air.

Jadi waktu niaga kami jadi terhad dan menu pun tak boleh pelbagai.

Saya nak buat loan perniagaan belum layak tambahan risau juga dengan loan perniagaan dengan bank. Jika ada masalah mendatang tak mampu bayar jadi kes lain pula. pinjaman dengan AIM pun tak boleh dalam jumlah yang besar.Dana Wang yang ada tak mencukupi untuk termasuk kos renovasi.

Saya memerlukan sekurangnya rm25,000 ribu untuk mengubahsuai kedai kosong tersebut menjadi sebuah kafe .

Jika beroperasi di kafe,kami dapat memberi lebih keselesaan kepada pelanggan yang datang berkunjung.

Kedai ni kami akan kongsi berdua. Jadi saya cuba untuk kumpul dana melalui fundraising dulu :).

Malu memang malu ya , berkali-kali saya fikir sambil taip ni nak share atau tidak.

Kalau rakan2 bantu share sahaja pun saya berterima kasih sangat. Saya mencuba sebab ada bahagian untuk business di web go get funding ni :)

https://assets.gogetfunding.com/kafe-untuk-persekitaran-y...

Saya update ye

Ada yang minta number akaun . Ini no akaun maybank saya

Rohaya abu bakar

5083 8208 6434

maybank

Organizer

Donors

  • Rusila Yusof
  • Donated on Jun 17, 2022
  • Selamat berjaya. Saya doakan semoga semuanya dipermudahkan.

RM750.00
  • Guest
  • Donated on Jun 11, 2022
Amount Hidden

No updates for this campaign just yet

Donors & Comments

2 donors
  • Rusila Yusof
  • Donated on Jun 17, 2022
  • Selamat berjaya. Saya doakan semoga semuanya dipermudahkan.

RM750.00
  • Guest
  • Donated on Jun 11, 2022
Amount Hidden

Followers

2 followers
Rusila Yusof
Rohaya Abu bakar
RM1,000.00
raised of RM25,000.00 goal
4% Funded
2 Donors

No more donations are being accepted at this time. Please contact the campaign owner if you would like to discuss further funding opportunities