Hospital Bed and Medical Equipment Rental for Needy

  • US$11.00
    raised of $100,000.00 goal goal
0% Funded
2 Donors
Help this ongoing fundraising campaign by making a donation and spreading the word.
Show more
Show less

Sewa Katil Pesakit dan Peralatan Perubatan Untuk Yang Memerlukan.

Ramai sebenarnya yang memerlukan Katil Pesakit ataupun Katil Hospital untuk pakai di rumah apabila ada ahli keluarga yang terlantar ataupun baru sahaja keluar dari Hospital.

Ada Ayah atau Ibu yang kena serangan strok atau penyakit kronik sangat memerlukan Katil Pasakit untuk memudahkan penjagaan pesakit di rumah.

Kenapa pesakit perlukan katil hospital ni di rumah ?

Kelebihan Katil Hospital ini adalah, penyandar kepala dan penyandar kakinya yang boleh dilaraskan memudahkan untuk pesakit dirawat dan dijaga di rumah. Penyadar kepala yang boleh dinaikkan sangat membantu untuk menggerakkan pesakit dan memudahkan pesakit untuk bangun makan dan mengambil ubat.

Tetapi tidak semua pesakit ataupun ahli keluarga mereka mampu untuk membeli Katil Pesakit ini yang kosnya antara RM3500 - RM8000 bergantung jenis dan fungsinya.

Justeru, kami mengambil inisiatif untuk mereka yang kurang berkemampuan dengan menyediakan kemudahan penyewaan katil-katil pesakit dan peralatan perubatan lain. Alhamdulillah dengan sedikit modal kami dah membantu lebih 50 orang pesakit yang memerlukan katil hospital pada tahun lepas.

Walaupun kami menyediakan penyewaan Katil Pesakit dan peralatan perubatan ini pada harga terendah yang sesuai dengan kemampuan pesakit, tetapi masih ramai yang tidak mampu atau membatalkan hasrat hendak menyewa katil pesakit disebabkan oleh kos penghantaran ke rumah yang tinggi. Pesakit terpaksa datang ambil sendiri Katil Hospital ini menggunakan kenderaan mereka ataupun kami terpaksa menyewa lori atau van untuk penghantaran Katil Pesakit ini ke rumah mereka. Kos sewa van ataupun penghantaran ini ada kalanya lebih tinggi daripada kos penyewaan katil sebulan.

Jadi, kami dengan rendah hati ingin mengajak tuan-tuan, puan-puan dan kawan-kawan semua yang ingin bersama-sama kami membantu mereka yang memerlukan katil pesakit dan peralatan perubatan lain dengan memberi sedikit sumbangan untuk kami membeli lebih banyak peralatan perubatan dan juga mendapatkan Kenderaan ataupun Van bagi tujuan penghantaran katil pesakit ke rumah.

Selain penyewaan Katil Pesakit, kami juga menyediakan peralatan perubatan lain seperti Tangki Oksigen, Kerusi Roda dan penyedut kahak.

Semoga sumbangan anda semua dapat membantu kami untuk membantu lebih ramai lagi pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan kemudahan katil pesakit dan peralatan perubatan lain.

Terima kasih.

MEDRENTAL

Sewa Katil Hospital & Peralatan Perubatan















Rewards

Sebuah buku Motivasi Islamik

0 Backers

Dua buah buku Motivasi Islamik

0 Backers

Product Review in Rahman Baco, Pharmacist Facebook Page

Organizer

Your Community Pharmacist

Your Community Pharmacist

Donors

  • Anonymous
  • Donated on Jan 30, 2020
$1.00
  • Nur Arifah
  • Donated on Jan 28, 2020
  • Semoga sumbangan ini dapat membantu

$10.00

No updates for this campaign just yet

Donors & Comments

2 donors
  • Anonymous
  • Donated on Jan 30, 2020
$1.00
  • Nur Arifah
  • Donated on Jan 28, 2020
  • Semoga sumbangan ini dapat membantu

$10.00

Followers

3 followers
Wawa Zack
Rafie Ahmad
Rahman Baco
US$11.00
raised of $100,000.00 goal
0% Funded
2 Donors

Help this ongoing fundraising campaign by making a donation and spreading the word.

Not Ready to Donate?

Did you know a 10 second Facebook share raises an average of $25?

Share on Facebook