KEMALANGAN KEBAKARAN

Fundraising campaign by Emma M
  • RM1,750.00
    raised of RM8,500.00 goal goal
20% Funded
11 Donors
Raised offline: RM5,615.00
Total: RM7,365.00
Help this ongoing fundraising campaign by making a donation and spreading the word.
Show more
Show less
Rakan-rakan yang dikasihi, keluarga dan para budiman, saya menganjurkan dan menguruskan pengumpulan dana ini untuk rakan saya yang tersayang, Shai dan keluarganya. Dapur mereka musnah akibat kebakaran dan air membanjiri pangsapuri mereka dari usaha memadamkannya. Tambahan pula, mereka tidak mendapat bantuan kerjasama tetapi menerima tekanan daripada tuan rumah dan pihak pengurusan apartment yang lebih mementingkan kerosakan harta benda daripada potensi nyawa yang hilang. Mereka terjebak dalam situasi yang mengerikan dan benar-benar memerlukan bantuan, doa, dan share anda! Berikut adalah akuan kakaknya mengenai peristiwa berikut:

Kami secara rasmi berpindah ke rumah sewa baru kami apabila ia memutuskan untuk memberi kami sambutan hangat. Saya tidak melakukan apa-apa selain daripada menghidupkan tombol di dapur gas untuk menyalakan api untuk memanaskan makanan luar yang kami tapau semalam. Kuali diletakkan di atas dapur gas, tiada minyak masak dituangkan lagi dan lebihan ayam panggang kekal sejuk di dalam pinggan di sebelahnya selama beberapa hari selepas itu. Api menyala lebih besar daripada biasa, jadi saya mematikan tombol. Namun, api merebak ke dapur kedua walaupun ianya tidak dipasang. Saya diselubungi perasaan panik apabila dapur gas ditenggelami api yang semakin meyemarak. Saya mencapai gelas pengukur yang paling dekat dan mengisinya dengan air dari sinki dan membuangnya ke api dengan harapan dapat memadamkannya. Adik saya mengambil selimut untuk menutup api supaya ia akan melemaskan api tetapi pada masa itu api sudah terperangkap ke tudung pengudaraan dapur dan merebak ke atas. Asap mula naik berkepul-kepul membuatkan kami semua batuk dan tersedak. Adik saya mencapai budak berumur 3 tahun yang mula histeria dan evakuasi; dia jerit memanggil saya untuk datang bersamanya. Masih ingin menyelamatkan apa yang saya mampu, saya mencuba untuk memadamkan api dan menyahut kepada adik untuk mendapatkan bantuan. Saya tidak menyedari apabila sisa dari plastik yang terbakar dan cair di atas tangan saya. Adik saya melarikan diri dengan berat hati, masih bimbang akan keselamatan saya dan beberapa minit kemudian, kembali bersama pengawal keselamatan dan ketua pengurusan apartmen. Pada masa itu, saya sudah basah dalam peluh dan air kerana penyiram menenggelamkan api dengan tekanan air yang lebat. Ia mengambil masa untuk mereka menutup air dan ia membanjiri seluruh apartmen kami. Seluruh barang-barang kami yang kebanyakannya masih di dalam kotak dan perabot kami direndam dalam air kotor kira-kira 14cm tinggi. Kami mengambil masa hampir dua hari untuk mengeluarkan semua air dan pada masa itu kotak dan perabot kayu kami musnah dan berkulat.

Semua orang selamat, tetapi mereka memerlukan bantuan kewangan untuk mereka kembali berdiri di atas kaki sendiri semula. Selama setengah bulan mereka terpaksa hidup menumpang dan masih di dalam keadaan trauma akibat kejadian ini. Kami berharap dapat mengumpulkan wang untuk membantu mengurangkan beban mereka, terutamanya apabila mereka telah dizalimi dan dianiayai oleh tuan rumah dan pihak pengurusan apartmen. Daripada memberi bantuan dan memahami keadaan, tanpa perasaan simpati dan belas kasihan kedua pihak telah menyekat kad akses mereka, ingin menghalau keluar dari rumah dalam masa yang singkat dan memegang deposit mereka untuk digunakan untuk membaiki dapur walaupun kejadian ini adalah kemalangan. Daripada masing-masing memikul tanggungjawab mereka sendiri, kedua pihak ini menolak segala-galanya kepada mangsa. Untuk melalui tatacara undang-undang akan menanggung kos tambahan yang mereka tidak mampu. Setiap kali anda tekan butang share dan RM10 yang anda boleh dermakan sangat dihargai dan akan disalurkan kepada mangsa untuk pemulihan kerugian barang-barang yang rosak, perabot dan peralatan elektrik, kos memindahkan apa sahaja yang mereka selamatkan dan deposit untuk rumah baru. Kami dahului dengan ucapan syukur dan terima kasih; semoga Tuhan memberkati jiwa pemurah anda.

Rewards

Kek Oren

Dengan wang yang kami kumpul, kami boleh membeli ketuhar kerana kami punya rosak akibat kejadian itu dan membuat kek dengan nota terima kasih peribadi sebagai ucapan terima kasih atas sumbangan besar anda. Sila berikan alamat penghantaran anda.

reward_image
Kek Coklat

Dengan wang yang kami kumpul, kami boleh membeli ketuhar kerana kami punya rosak akibat kejadian itu dan membuat kek dengan nota terima kasih peribadi sebagai ucapan terima kasih atas sumbangan besar anda. Sila berikan alamat penghantaran anda.

reward_image

Fundraising Team

  • Madhanaa Kumar Mohan
  •  
  • Funds Captain
  •  
  • Klang, MY

Donors

  • Guest
  • Donated on Oct 08, 2022
RM100.00
  • ROZ HUSSIN
  • Donated on Sep 12, 2022
  • Hope you recover and settle in a new home soon.

Amount Hidden
  • Guest
  • Donated on Sep 10, 2022
RM100.00

No updates for this campaign just yet

Donors & Comments

11 donors
  • Guest
  • Donated on Oct 08, 2022
RM100.00
  • ROZ HUSSIN
  • Donated on Sep 12, 2022
  • Hope you recover and settle in a new home soon.

Amount Hidden
  • Guest
  • Donated on Sep 10, 2022
RM100.00
  • Sunntres Ponniah
  • Donated on Sep 07, 2022
  • Hope things get a better turn for the fam!

Amount Hidden
  • Anonymous
  • Donated on Sep 01, 2022
RM200.00
  • Mas Hamzah
  • Donated on Aug 31, 2022
  • Semoga dipermudahkan segala urusan

RM500.00
  • Guest
  • Donated on Aug 31, 2022
RM50.00
  • Guest
  • Donated on Aug 21, 2022
Amount Hidden
  • Mai Mustaphanin
  • Donated on Aug 21, 2022
RM500.00
  • Pak Mahade
  • Donated on Aug 21, 2022
  • Semoga dipermudahkan urusan olehnya.

RM150.00
Show more donors

Followers

0 followers
No Followers Just Yet...

Support Campaigns

campaigns

Create a support campaign in seconds!

Support campaigns allow you to get your own fundraising page dedicated to 'KEMALANGAN KEBAKARAN'

You'll have your own unique link that you can share, and all funds raised will go directly to 'KEMALANGAN KEBAKARAN'. It's the ultimate way to show your support!

Create support campaign
RM1,750.00
raised of RM8,500.00 goal
20% Funded
11 Donors
Raised offline: RM5,615.00
Total: RM7,365.00

Help this ongoing fundraising campaign by making a donation and spreading the word.

Not Ready to Donate?

Did you know a 10 second Facebook share raises an average of RM25?

Share on Facebook